About Me

My photo
Jelebu Kuala Klawang, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Saya dilahir dan dibesarkan di Kg Ulu Jelebu, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Ulu Jelebu kemudian diikuti dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Undang Musa Al-Haj. Berkahwin pada tahun 1999, dengan isteri yang bernama Rusidah Binti Harun dan dikurniakan anak seramai 3 orang. Saya telah dibesarkan dan didedahkan dengan aktiviti hutan sejak dari kecil lagi. Selama lebih dari 5 tahun saya telah mengendalikan pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersama seperti kem Jati Diri, Kem Motivasi yang turut disertai oleh belia-belia kampong termasuk jugalah belia dari kampong luar dari kawasan Jelebu itu sendiri.,Pelajar-Pelajar dari Universiti, Palapis, TLDM dan sebagainya. Saya juga pernah menjejakkan kaki ke Puncak Gunung Kinabalu dan hampir kesemua gunung di dalam Negeri Sembilan telah saya kunjungi. Saya juga pernah terlibat didalam pasukan penyelamat didalam usahan mereka mencari “ORANG SESAT” dikawasan gunung Telapak Buruk.

Kata-Kata Aluan

Salam sejahtera...
Terlebih dahulu kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana kesudian anda melawat blog kami ini. Disini kami menjanjikan anda satu cabaran yang pastinya menjanjikan kepuasan. Bagi yang mana-mana inginkan cabaran dalam kehidupan boleh lah bersama kami menerokai dunia cabaran yang betul-betul akan mencabar mental dan fizikal anda. Pendakian biasanya mengambil masa sehingga 8 jam,iatu 4 jam untuk naik ke atas dan 4 jam untuk kembali ke tapak perkhemahan. Ianya di kendalikan oleh mereka yang telah mahir melakukan aktiviti-aktiviti mendaki ini. Disini anda bukan sahaja boleh mendaki gunung..malah ada pelbagai lagi aktiviti-aktiviti yang menarik menanti anda. Keseronokan pasti akan terasa setelah anda selesai menjalani pendakian ini. Apa tunggu lagi...JOM ke JERAM ENGGANG !!

Misteri Masjid Kampung Kuala Dulang, Jelebu

Masjid Kuala Dulang mendapat nama dipercayai daripada satu peristiwa yang berlaku di masjid berkenaan apabila ada sebuah dulang aneh yang sentiasa berisi makanan untuk semua jemaah.Siapa menyediakan dulang berisi makanan berkenaan tidak diketahui dan peristiwa itu berterusan sehinggalah dulang aneh itu ghaib secara tiba-tiba. Malah, mitos mengenainya masih diperkatakan sehingga sekarang.

Siak masjid berkenaan, Abdul Aziz Samah, 71, mengakui cerita mengenai dulang itu dikatakan benar-benar berlaku menerusi beberapa versi cerita disampaikan beberapa penduduk awal yang menduduki kawasan berkenaan.Dia yang mula menduduki kampung berkenaan pada 1953 dan sudah berkhidmat sebagai siak di masjid itu sejak 15 tahun lalu berkata, mengikut cerita, dulang aneh itu wujud ketika jemaah selesai menunaikan sembahyang zuhur ketika masjid itu mula dibuka.

Selesai berjemaah, dikatakan ada di kalangan jemaah yang lapar ternampak sebuah dulang di atas busut besar yang terletak di tengah-tengah sawah berdekatan masjid dan di tepi busut itu pula ada pusar air.

Seorang jemaah mendapati ia berisi makanan yang lengkap dengan nasi serta gulai.

Dulang yang berisi makanan dijumpai selepas waktu zuhur.

Makanan sentiasa mencukupi.

Musafir yang singgah beribadat di masjid berkenaan turut merasai makanan dalam dulang berkenaan apabila mereka memintanya.

Dulang tersebut ghaib sejak 300 tahun lalu selepas seorang berlaku kecuaian disebabkan oleh jemaah surau.

Sejak itu tiada lagi dulang yang berisi makanan untuk dinikmati jemaah sebaik selesai mengerjakan sembahyang zuhur.

Pernah berlaku dua kali banjir besar di kampung berkenaan iaitu sebelum merdeka dan pada 1970 tetapi masjid berkenaan tidak ditenggelami air.Ramai penduduk yang hairan dengan keajaiban itu kerana masjid berkenaan terletak di tepi tebing sungai sedangkan semua rumah penduduk ditenggelami air hingga paras pinggang.

Berdasarkan orang alim dan ulama yang pernah mendengar keajaiban itu, mereka dapat melihat pelampung di bawah masjid berkenaan dan apabila banjir, pelampung itu akan menolaknya ke atas bagi mengelakkannya tenggelam.

Walaupun sudah tiga kali pengubahsuaian dijalankan hingga membolehkan masjid itu menampung 400 jemaah, struktur dan identitinya asalnya masih dikekalkan bagi menjadikannya sebagai tempat bersejarah.

Tiang masjid berkenaan masih tiang asal dan tabuh yang diperbuat daripada kayu hutan dan kulit lembu untuk diketuk bagi memberitahu masuk waktu sembahyang juga dikekalkan.Usia peralatan tabuh itu dikatakan sama dengan usia masjid yang dibuat pada abad ke-16 ketika masjid berkenaan dibina.

Join Us !

If you want to get off the beaten path for an up-close encounter with the Malaysian jungle, this is the perfect Malaysian adventure tour for you. Our professional guide will lead you into the jungle, past waterfalls and clear mountain streams where you can cool off with a refreshing dip. Your guide will teach you the survival techniques of the Orang Asli, the indigenous inhabitants of Malaysia. In the evening, you’ll pitch your tent and enjoy a simple meal by the campfire as you listen to the sounds of the jungle.

Call us for more info

Pak Long @ Along
H/P: 013-6726779
Email : alongjelebu@yahoo.com